Sunday 27 February 2011

Tugasan CTU151_Sejarah dan Kegiatan Masjid Sultanah Bahiyah

TAJUK :
Sejarah dan Kegiatan Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
DISEDIAKAN OLEH :
Nama : Nur Zalikha ‘Akalili’ bt Muhamad Kashfi
No Pelajar : 2010477088
No K/P : 921003025024
Program : Diploma Sains AS120
Kumpulan : ASD2Cn



ISI KANDUNGAN :
1.      ABSTRAK
2.      KELEBIHAN
3.      AKTIVITI MASJID
4.      HARAPAN
5.      KESIMPULAN


ABSTRAK
Masjid (مسجد)  merupakan tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Di samping itu, masjid juga boleh di jadikan sebagai tempat  pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Oleh kerana itu, kita dapat lihat, rupa bentuk masjid yang berbagai-bagai. Dari sudut bahasa,"masjid" bermaksud tempat bersujud.
Sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w lagi kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul para sahabat untuk berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi. Nabi Muhammad s.a.w telah menyebarkan dakwah Islam secara berperingkat juga melalui masjid.  Oleh itu, peranan masjid sangat lah penting dalam pembangunan Islam.

PENDAHULUAN
Saya telah di beri tugasan oleh pensyarah CTU (Fundamental of Islam) iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin berkaitan dengan masjid. Oleh itu, pada 3 Februari 2011 yang lalu,saya telah membuat tinjauan di masjid di sekitar Alor Setar dalam usaha untuk menyiapkan tugasan yang di beri. Masjid yang menjadi pilihan saya adalah Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Masjid ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar. masjid ini di tubuhkan di bawah pembiayaan Yayasan Sultanah Bahiyah.

SEJARAH PENUBUHAN MASJID



Perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah
Masjid ini di tubuhkan pada tahun 1982 di bawah pembiayaan Yayasan Sultanah Bahiyah. Yayasan ini sebuah organisasi amal yang di namakan sempena dengan nama pengasas dan penaung diraja yang pertama iaitu Almarhum Tuanku Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Masjid ini telah mula beroperasi sejak 28 Disember 1982 di bawah naungan Tuan Haji Ibrahim bin Mohamad sebagai imam dan pengerusi masjid ini. Masjid ini telah di ubah suai dan di kelilingi oleh pusat dakwah, rumah musafir  dan banyak lagi. Masjid ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar.  masjid Sultanah Bahiyah ini di lengkapi dengan pejabat, tempat wuduk, rumah musafir, pusat pembangunan Islam dan banyak lagi. Masjid ini menjadi tumpuan para masyarakat di sekitar Alor Setar kerana lokasinya yang mudah di cari dan terhalang dari kesesakan jalan raya.
“Barangsiapa membangun dari harta yg halal sebuah masjid utk Allah maka Allah mesti membangunkan rumah untuknya di Syurga.” 

KELEBIHAN MASJID
Masjid Sultanah Bahiyah ini mempunyai pelbagai kelebihannya yang tersendiri. Terutama dari segi seni bina yang unik dan mempunyai maksud yang tersendiri. Masjid ini merupakan tempat persinggahan umat islam untuk mengerjakan solat. Masjid ini juga dikunjungi oleh semua peringat tidak kira sama ada tua mahu pun muda serta bangsa dan warna kulit.
Masjid Sultanah Bahiyah ini terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar. kedudukannya yang strategik memberi kemudahan kepada para umat islam untuk menunaikan solat tidak kira sama ada musafir atau pun tidak. masjid ini juga sentiasa terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menumpang berteduh. Masjid ini di kelilingi oleh pusat-pusat dakwah.
Masjid Sultanah Bahiyah ini menpunyai seni reka bentuk yang tersendiri. Masjid ini mempunyai menara. Menara masjid ini mempunyai ketinggian mencecah 100meter. Menara ini di jadikan tempat untuk muazin melaungkan azan menandakan masuknya waktu solat. Menaranya yang tinggi dan tirus itu menjadi lambang kemegahan masjid ini yang terletak di tengah-tengah bandaraya Alor Setar.
Selain itu Masjid Sultanah Bahiyah ini juga turut mengadakan kelas Fardhu Ain setiap hari isnin sehingga rabu pada sebelah petang untuk kanak-kanak di sekitar kawasan Alor Setar. Kelas Fardhu Ain ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Kelas ini di kendalikan oleh Ustaz yang berpengalaman dan berilmu tentang ilmu Fardhu Ain. Kelas Fardhu Ain ini boleh menambahkan ilmu masyarakat mengenai Fardhu Ain sebagai salah satu ilmu yang wajib kita pelajari. Fardhu Ain merupakan tuntutan semua umat Islam untuk mempelajarinya,jika tidak maka berdosa lah seseorang itu. Maka,Masjid Sultanah Bahiyah menjadi medan untuk umat Islam mempelajari ilmu Fardhu Ain dengan lebih mendalam.
Tambahan pula,Masjid Sultanah Bahiyah juga turut menyediakan kelas pengurusan jenazah kepada masyarakat sekitar Alor Setar. kelas ini diadakan 2 kali dalam setahun. Kelas ini bertujuan untuk mangajar masyarakat mengenai cara-cara sebenar untuk memandikan jenazah,mangafankan jenazah serta cara-cara solat jenazah yang sebenar. Kelas ini mendapat sambutan yang agak memberangsangkan setiap tahun.
Masjid ini juga mempunyai Rumah Musafir. Rumah Musafir ini terletak di dalam kawasan iaitu di belakang Masjid Sultanah Bahiyah, Jalan Sultanah. Jaraknya kira-kira 1.5 km dari Tol Alor Setar Utara. Rumah Musafir ini berhampiran dengan Institusi Pengurusan Kedah (INSPIN).
Rumah Musafir

Antara kemudahan yang di sediakan di Rumah Musafir ini adalah rumah ini di lengkapi dengan kerusi set, meja makan serta TV. Setiap rumah mengandungi 4 bilik tidur berhawa dingin serta 3 bilik air. Rumah ini juga sesuai sebagai tempat perjumpaan atau bermesyuarat bagi sesebuah kumpulan yang kecil sekitar 10 hingga 20 orang dalam satu masa.



PERANAN MASJID
Pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu,masjid merupakan institusi yang sangat penting dalam usaha baginda menyampaikan dakwah baginda kepada para sahbat dan masyarakat pada zaman tersebut. Kita juga harus lah mengembangkan peranan masjid dalam usaha menyebarkan Islam dengan lebih meluas.
Masjid Sultanah Bahiyah menjadi lambang keagungan Islam di mana seni bina masjid yang menarik dan unik menjadi tarikan utama umat Islam untuk bertandang ke masjid tersebut. Di dalam kawasan masjid ini juga terdapat kedai-kedai untuk memberi kemudahan kepada umat Islam yang bertandang. Malahan di kawasan masjid tersebut turut terdapat pencawang talian telefon Maxis dan Celcom.  Selain itu, dengan adanya Rumah Musafir, ini memberi kemudahan kepada umat Islam untuk bermalam kerana terdapat pelbagai kemudahan yang telah di sediakan di sana.
Masjid Sultanah Bahiyah juga menjadi salah sebuah pusat pencambahan ilmu. Masjid ini terdapat bilik kecil yang mengandungi pelbagai bahan bacaan seperti buku-buku agama yang berkaitan dengan ilmu agama iaitu ibadah dan muamalah.
Masjid juga boleh di jadikan sebagai pusat pencambahan fikiran. Masjid ini mengadakan seminar 2 kali dalam setahun dalam usaha menyebarkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat di sekitar Kedah. Ceramah dari penceramah terkenal turut di laksanakan setiap hujung minggu dalam menyampaikan dakwah. Penceramah terkenal yang di jemput akan memberi ceramah berkaitan agama pada setiap hujung minggu untuk mempertingkatkan pemikiran masyarakat dan menajamkan akal masyarakat kita.
Peranan Masjid Sultanah Bahiyah juga menjadi medan atau pusat pembelajaran Al Quran dan tafsirnya. Pada setiap hari isnin hingga rabu petang, akan diadakan kelas Fardhu Ain dan Tasir Al Quran kepada kanak- kanak  dan penuntut Kolej Universiti Insaniah. Kelas ini diadakan secara beransingan dan bersendirian. Melalui cara ini, para penutut akan lebih menghayati dan memahami Al Quran secara lebih mendalam dan akan mempraktikkan ajaran dan suruhan Allah s.w.t  dalam kehidupan harian mereka.
Masjid Sultanah Bahiyah juga berperanan sebagai pusat ekonomi umat Islam. Masjid ini terletak di tengah- tengah bandaraya Alor Setar yang maju. Oleh itu, masjid ini di kelilingi dan di penuhi dengan aktiviti ekonomi dan social kerana di sekeliling masjid ini terdapat pusat membeli belah dan pasar yang menjual keperluan harian masyarakat setempat. Melalui aktiviti jual beli ini boleh di salurkan melalui zakat dan derma kepada pihak yang memerlukan.
Masjid Sultanah Bahiyah turut berperanan sebagai pusat pendidikan. Masjid ini menyediakan kelas fardhu Ain, kuliah serta kelas pengurusan jenazah kepada masyarakat di sekitar Alor Setar. Hal ini secara langsung memberi pendidikan kepada masyarakat dengan erti kata sebenar pengetahuan yang lebih mendalam kepada mereka untuk lebih mendalami Islam.

Pusat Pembangunan Keluarga Islam



AKTIVITI MASJID SULTANAH BAHIYAH
Antara aktiviti yang sedang dan telah di jalankan oleh masjid Sultanah Bahiyah adalah pada setiap hari Jumaat, kuliah Subuh di kendalikan oleh Dato’ Haji Abdul Hamid bin Tahir pada sebelah pagi. Kemudian pada sebalah tengah hari dan petang pula diadakan kuliah sebelum Fardhu Jumaat di kendalikan oleh Dato’ Sheikh Awang Besar. Kuliah jumaat ini diadakan 2 kali setiap sebulan. Pada sebelah malam pula diadakan kuliah Ilmu Fikah oleh Ustaz Haji Hanafi bin Salleh. Kemudian diadakan pula kelas hafazan Al-Quran oleh penuntut-penutut Kolej Universiti Insaniah secara bersendirian.
Pada hari Sabtu pula diadakan Kursus Haji anjuran Masjid Sulatanah Bahiyah pada sebelah pagi. Pada sebelah malam pula diadakan kuliah oleh Ustaz Abdul Hamid bin Tahir serta kelas Hafazan Al-Quran oleh penuntut Kolej Universiti Insaniah.
Pada setiap hari Ahad akan diadakan tahmid Al Quran oleh penuntut Kolej Insaniah bersama pensyarah mereka pada sebelah pagi. Kelas tahmid ini diadakanpada pkul 8 pagi hingga 10 pagi. Bilangan penuntut seramai 50 hingga 60 orang.  Pada sebelah petang pula diadakan kelas Al Quran di bawah bimbingan seorang tenaga pengajar untuk mengajar murid- murid sekolah kebangsaan. Kelas diadakan pada hari ahad hingga khamis. Kursus Haji di bawah bimbingan Ustaz Abdul Razak pula diadakan pada sebelah malam. Kemudain turut diadakan pula kelas hafazan Al Quran oleh penuntut Insaniah di bawah bimbingan tenaga pengajar Insaniah sendiri.
Pada hari isnin pula hanya diadakan kuliah ilmu Tauhid oleh Ustaz Haji Ali bin Haji Ahmad. Kelas ini diadakan pada sebelah malam sahaja.
Pada hari selasa pula diadakan kelas bahasa Arab anjuran anak- anak kariah. Kelas ini berlangsung pada pkul 5.30 petang hingga 6.30 petang. Pada sebelah malam pula diadakan kuliah oleh Dato’ Haji Shamsuri bin Haji Ahmad. Kuliah ini diadakan sekali setiap bulan iaitu pada hari selasa minggu pertama setiap awal bulan.


Pada hari Rabu pula diadakan kuliah Hadis Rasulullah s.a.w oleh Ustaz Haji Mansur bin Abdul Latif pada setiap rabu malam.
Pada malam khamis pula diadakan majlis Tahlil dan majlis bacaan Yaasin beramai- ramai selepas solat Maghrib pada setiap minggu.
Selain itu. Masjid Sultanah Bahiyah turut mengadakan Pusat Khidmat Masyarakat. Sebuah Pusat Khidmat Masyarakat telah diadakan di bangunan manara masjid. Seorang pegawai dari JAIK telah di tugaskan bagi membantu dan memberi khidmat berkaitan berbagai masalah kehidupan kekeluargaan.  Ahli- ahli jawatan kuasa masjid akan turun padang membuat aktiviti masyarakat dalam membersihkan kawasan- kawasan sekitar masjid.
Pada setiap bulan Ramadhan. Masjid ini akan mengadakan pelbagai aktiviti. Antara aktiviti yang telah di susun adalah daripada penyediaan bubur kanji. Bebrbuka puasa beramai- ramai. Tadarus Al Quran serta more ahli- ahli tadarus dan more untuk orang ramai pada malam jumaat.
Kemudian, Masjid Sulatanah Bahiyah akan mengadakan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada setiap tahun selepas 2 atau 3 minggu selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri berlangsung. Tujuan diadakan jamuan Hari Raya ini adalah untuk bersama- sama anak- anak kariah serta keluarga berkenelan antara satu sama lain.
Masjid Sultanah Bahiyah turut membuat aktiviti dalam menberi bantuan kepada pelajar- pelajar tahfiz Al Quran yang menghadapi masalah kewangan bagi melanjutkan pengajian. Bantuan ini berupa pemberian zakat. Kutipan orang ramai atau sunbangan zakat ahli- ahli kariah. Bantuan ini akan dapat meringankan beban keluarga yang mengalami masalah kemiskinan untuk melanjutkan pelajran ke menara gading.


HARAPAN
Kini, peranan masjid semakin hambar dan masyarakat kita hanya menganggap masjid hanya tempat untuk menunaikan solat semata- mata. Pelbagai usaha perlu di pertingkatkan dan di giatkan lagi. Kesedaran perlu di pertingkatkan bahawa masjid bukan sahaja tempat untuk beribadah semata- mata bahkan masjid merupakan pusat kegiatan pelbagai aktiviti umat islam sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. apa yang nyata,persepsi umat Islam  terhadap masjid masih samar- samar kerana minda masyarakat kita telah di gasak sekian lama bahawa masjid merupakan tempat untuk beribadah semata - mata. Oleh itu,kita berharap agar peranan masjid mampu di kembangkan lagi supaya masjid tidak hanya berada di satu takuk sahaja.
Masjid juga perlu sediakan perpustakaan untuk di jadikan sebagai tempat untuk rujukan pada masyarakat setempat. Jika wujudnya perpustakaan ini, masyarakat akan lebik kerap mengunjungi masjid kerana di sini mereka dapat mencari bahan bacaan dengan lebih cepat dan mudah. Suasana masjid yang diam akan menjadi pilihan orang ramai kerana mereka gemarkan suasana yang tenang untuk menuntut ilmu.
Peranan masjid kini perlu di hidupkan semula. Sirah telah membuktikan bahawa masjid merupakan jentera penggerak kepada perkembangan Islam ke seantero dunia. Rasulullah s.a.w mentadbir Negara bermula daripada masjid. Baginda mengajar, berpidato, bersidang, menerima kunjungan hormat para tetamu. Baginda juga menyebarkan dakwah Islam melalui masjid. Oleh itu, masjid kini juga perlu menjadi tempat untuk menyebarkan dakwah seperti suatu ketika dahulu. Masjid perlu di jadikan sebagai tempat untuk mengembangkan agama Islam dengan lebih meluas ke seantero dunia.


KESIMPULAN
Akhir kata dapat saya rungkaikan bahawa masjid ini mempunyai pelbagai peranan dalam pembangunan masyarakat kini.  Masjid bukan sahaja boleh di jadikan sebagai tempat  beribadah namun boleh di jadikan sebagai tempat menyebarkan dakwah, tempat menuntut ilmu, tempat perbincangan, tempat berpidato dan banyak lagi.
Di samping itu, masjid  ini juga akan mengeratkan silaturahin di antara umat Islam di samping mengukuhkan perpaduan antara penduduk setempat. Masjid Sultanah Bahiyah sememangnya di tubuhkan untuk kegunaan penduduk setempat serta kegunaan bersama. Oleh itu, golongan zaman sekarang perlu mengimarahkan lagi masjid untuk membangunkan masjid untuk generasi akan datang. Kesimpulannya,Masjid Sultanah Bahiyah banyak memberi faedah dan manfaat kepada masyarakat kini dan akan datang.